PRESIDEN MESIR MOHAMED MORSI DIGULINGKAN, JAWATAN PRESIDEN
DIPEGANG OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, MENTERI PERTAHANAN (KETUA TENTERA)
PENGKHIYANAT BESAR.
Bangun
seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam
saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana
setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta
mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi.
penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya
sekitar 2 juta orang.
Tetapi
baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani mengeluarkan
gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi sudah jatuh). liputan di
fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih
berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti
mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen TV lain.
Stesen
Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain.
stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin “Misr25″ Salafi, “Rahmah” dan “An-Nas”
ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV
ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan
mesir yang dilantik mursi/pengkhiyanat).
Berita
dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap ketua polis
kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah bersama gerombolan polis,
untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak.
sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong mursi) dikepung tentera, dan
amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden
mursi.
Ketua
tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik
Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat (kemudian
diangkat menjadi penasihat presiden).
Antara
kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah
As-Sisi sebentar tadi:
1) Digantung
perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.
Ini
bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum
ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh
puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi
memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas,
sekali dengan sekutu-sekutunya.
Perancangan
ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta beberapa negara arab, untuk
memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar kembali berkuasa.Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri
pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti
terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden rakyat tidak
diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar diangkat semula dan kuku
besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan
bertahta semula.. semuanya ini Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan
mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa
berjayanya kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan
pendokong islam.
Dr. Morsi, Presiden Republik
Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua
Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan
kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi
yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.
Presiden
Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander
Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya
mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa
Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan
pertumpahan darah.
Dan bagi
semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan
sejarah.
Sementara
Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh
digulingkan melalui tiga cara:
1) Peletakan
jawatan atas kehendak sendiri.
2) Perihal
untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi
majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Pengkhianatan
terbesar.
Malam
ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem
sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh
Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya.
Sumber
Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka
yang dilarang keluar negara.
Antara
mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul
Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan
Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)
DIHARAPKAN
MORSI DAN BARISANNYA DAPAT BERTAHAN DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK
MENCABAR SERTA BERTARUNG MENJAHANAMKAN KERJA JAHAT PENENTANG ISLAM DARI JUTA
TENTERA SERTA PENGKHIYANAT ISLAM DARI GOLONGAN TAMARRUD, BARADAE, AHMAN SYAFIQ,
HAMDEN SOBAHI, AMR MUSA DARI GOLONGAN SEKUTU BASHAR, AMERIKA, BARAT DAN YAHUDI.
No comments:
Post a Comment