Friday 28 June 2013

PANAS: Benjy Tumbuk Jurugambar Rakam Wajahnya


Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryl Benjamin bertindak agresif apabila menumbuk jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.

Mungkin kerana menyedari yang kisah penahanannya akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai.
Aktor yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu bertindak mengasari dan menumbuk jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan lima lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Pagi Rabu lalu, Benjy ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi.
Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut.
Selain dirinya, turut ditahan adalah 5 yang lain termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun .Ujian mendapati Benjy positif dadah jenis syabu.

No comments:

Post a Comment